Thursday, May 20, 2010

Ubi Goreng Tepung

Senang ja nak bwt dia...sedap pun sedap..rangup...cubala..Selain ubi kentang,boleh juga digantikan dengan yg lain...peria atau cendawan...pun sesuai juga...

Ubi kentang yg dibuang kulit...
Potong wedges...

8 sudu besar tepung gandum...
4 sudu besar tepung jagung...
1 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar atau halus)
2 sudu kecil serbuk cili (kasar atau halus)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit..
garam dan gula secukup rasa...

Cara membuatnya :

Campurkan kesemua bahan tadi dan banacuh bersama air..
Jangan cair sangat...agak2 bila kita celupkan kat ubi dia salut...
Pastu panaskan minyak dan terus goreng...
Siap...

Thursday, March 26, 2009

Oreo Cheesecake

Ari 2 ada bwt oreo cheesecake..tp xdpt ambk gmbr selepas siap..so xdala gmbrnya..

  • :: BASE ::
    120 g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja)
  • 120 g mentega cair
  • :: FILLING ::
    (A)
    2 biji kuning telur
  • 120 g gula
  • 160 ml susu
  • (B)
    250 g cream cheese
  • 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
  • 250 g whipping cream (dipukul sedikit) [selalunya dijual dalam paket mcm susu kotak di bahagian diary products di supermarket]
  • 1/2 sudu besar jus limau (lemon)
  • Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam BASE
  • 2 keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan cake berbintik hitam)

Cara-cara

  1. Crust
    BASE : Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh dibuka bawahnya(spring foam). Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya mengeras.
  2. Milk
    Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati. [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil - mcm dalam gambar]
  3. Blend
    Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi
  4. Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam
  5. :: Variasi Satu ::
    kalau tanak gunakan Oreo, leh juga digantikan dengan biskut marie, tetapi gula perlu ditambah 20g
  6. :: Variasi Dua ::
    kalau nak buat Blueberry cheesecake, lepas tuangkan dalam base, masukkan 2-3 sudu besar blueberry pie filling dan kacau sedikit. Setelah kek keras, letak selebihnya di atas

Monday, March 2, 2009

Puding Roti

hello..hehehe..kemarin tetiba ja mood nak bwt puding roti dtg..so jdla puding roti semalam..ni resepi n gmbr smlm yg di ambl..




PUDING ROTI KARAMEL

Bahan (A)
  • 1/2 cawan gula dicairkan dalam loyang yang hendak digunakan.
Bahan (B)
  • 1 buku roti [10 keping]
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin fruitcocktail/peach [ambk air ja]
  • 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung kastad
Hiasan
  • 1 Tin fruitcocktail/peach yang telah diambil airnya td.
Cara-cara
  • Sediakan kukusan.
  • Satukan bahan2 B kecuali roti dan buah cocktail/peach kemudian tapis
  • Selepas itu masukkan roti
  • Setelah roti sebati dgn campuran bahan b td,masukkan adunan tesebut ke dalam loyang yang telah dicairkan gula di dalam nya.
  • tutup loyang dengan plastik glaze yg nipis.
  • kukus selama 30 minit.
  • sejukkan dan keluarkan dr loyang.
  • hiaskan dengan fruitcocktail/peach dengan pelahan-lahan.

Saturday, February 28, 2009

Simple Tiramisu

Ari rabu ari 2 bwt tiramisu..hehehe..okla..lgpun resepi dia senang ckit..simple ja..sebab 2 nama kek ni simple tiramisu..Ni resepi dia..


SIMPLE TIRAMISU


Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek (kalo reti bwt sendiri pun leh bwt sendiri,kalo xbeli ja kat kdi)
  • 250ml whipping cream
  • 250gm cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • 1 sudu makan serbuk agar2 ( bancuh ngan air panas supaya dia kembg ckit jgn pekat sgt )
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu setelah gebu,masukkan bancuhan agar2 td.
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...